Alhamdulillah sampai juga kite ke tahun 1431H dengan izin Allah..Diharapkan taun nie akan menjadi turning point aku untuk berubah n dapt tinggalkan perangai buruk aku..I.A..Tema maal hijrah taun ni ialah
Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Ummah’..Gempak ar tema nie..Ukhwwah mmg dituntut dalam islam bagi mengelakkan pepecahan ummat..Diharapkan pepecahan umat Islam dapt diatasi suatu mase ti..X salah nak berbeza pendapat,tp bialah disalurkan ke lndasan yg betul..=).. Berbalik sal smabutan maal hijrah td, tokah maal hijrah taun nie ialah Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi(peringkat antarabgsa) dan Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor(peringkat kebgsaan)..tahniah diucapkan n teruskan berjuang ntuk Islam..
Erm pasal ukhwwah yer,td mase bce blog penyuburan Islam upsi, ade la terjumpe satu artikel best nie..Ade gak la kene ngene ngan ukhwwah..tapi in term of persahabatan la..Enjoy reading ya
MEMILIH SAHABAT
Author: salmanfirdausDalam memilih sahabat, Rasulullah SAW pernah bersabda;
“seseorang itu atas agama(perjalanan) rakannya maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.”
Pesanan baginda melalui hadisnya itu perlu dijadikan panduan kepada kita dalam memilih sahabat. Sahabat banyak mempengaruhi pemikiran, tindakan dan tingkahlaku kita berbanding dengan orang lain yang bukan bergelar sahabat. Ini menjadikan sahabat sebagai cerminan atau refleksi kepada SIAPA diri kita.
Kita juga sering mendengar dari mulut orang-orang di sekeliling kita apabila berkata tentang seseorang; “Lihatlah dengan siapa dia berkawan…”. Ini menunjukkan bahawa sedikit sebanyak sifat yang dimiliki sahabat adalah sebahagian dari sifat yang dimiliki oleh kita. Dengan siapa kita bersahabat, itulah yang mencirikan diri kita yang sebenarnya.
Kesukaran dalam memilih sahabat pernah disuarakan oleh Saidina Ali karamallahuwajhah melalui kata-kata hikmahnya yang berbunyi; “Seseorang yang mempunyai seribu orang kawan sukar mendapat seorang pun sahabat yang setia bila dia benar-benar memerlukan, tetapi jika dia mempunyai seorang musuh, dia akan mendapati musuh itu ada di mana-mana”.
Imam Al-Ghazali menerusi kitabnya yang bertajuk Ihya` Ulumuddin (Bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat. Katanya, “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika negkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.
4. JIka engkau menghlurkan sesuatu kebaikan padanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendaat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Lantaran itu, berhati-hatilah dalam memilih sahabat. Kesilapan dalam memilih sahabat bukan sahaja membawa kita ke lembah kehinaan malah apabila kita memerlukannya pada waktu yang amat sukar, sudah pasti dia akan menjauhkan diri dari kita. Sebagai seorang sahabat pula, seboleh-bolehnya kita jadilah sahabat yang terbaik kepada mereka yang memerlukan seperti yang telah digariskan di dalam hadis dan Al-Quran. Dengarkanlah firman Allah SWT dalam surah Al-Imran (3) : 159 yang berbunyi;
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
Wallahu`alam